SoulMete - Informative Stories from Heart. Read the informative collection of real stories about Lifestyle, Business, Technology, Fashion, and Health.

Produksi Toyota Vios dihentikan di Indonesia; Bakal terima mannequin generasi baharu selepas pasaran Thai?

[ad_1]

Minggu lalu Toyota Thailand telah pun menyiarkan teaser untuk model generasi baharu Toyota Vios, dan diumumkan akan membuat kemunculan international sulungnya di negara berkenaan pada 9 hb Ogos ini. Selepas Thailand, ada kemungkinan Vios generasi keempat berkenaan akan dilancarkan pula di Indonesia dalam masa terdekat.

Ini berikutan tularnya satu video di Instagram yang dimuat naik oleh akaun mobilgue, memaparkan satu kerangka kosong Vios generasi ketiga versi facelift terakhir dalam sebuah kilang dengan kapsyen “bye Vios”. Turut kelihatan sekumpulan pekerja kilang yang mengucapkan “Terima kasih Vios telah menjadi bagian dari sejarah sukses TMMIN Plant 2!”, bersama plakad “Sayonara Vios”.

Boleh disimpulkan, video berkenaan diambil di kilang Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIM) yang terletak di Karawang, Jawa Barat. Menurut laman automotif Autofun dari Indonesia, kilang TMMIN tersebut bukan sahaja menghasilkan Vios untuk pasaran Indonesia, malah Vios yang dipasang di fasiliti berkenaan turut dieksport ke negara-negara Timur Tengah termasuk ke Arab Saudi, Qatar, Bahrain, Kuwait, Oman, dan Lubnan.

Menurut Autofun lagi, berdasarkan rekod Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (Gaikindo), kilang berkenaan memproduksi sejumlah 17,246 unit Vios untuk separa pertama tahun ini, di mana 5,647 unit dari jumlah berkenaan dieksport ke Arab Saudi, menjadikan negara tersebut sebagai pasaran terbesar yang menerima Vios dari Indonesia.

Bagi Vios generasi baharu yang akan muncul di Thailand minggu hadapan, laporan-laporan sebelum ini menyebut bahawa ia akan diasaskan dari platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), dan sebab itulah ia menggunakan kod projek D92A yang seiras dengan kod-kod projek mannequin baharu dari Perodua. Malah berdasarkan petunjuk-petunjuk yang diumumkan oleh Perodua sebelum ini, tidak mustahil Vios D92A berkenaan turut mendapat sentuhan fasiliti R&D Perodua di Rawang.

Menerusi video teaser yang disiarkan minggu lalu, seperti yang dijangka sebelum ini, Vios D92A tersebut adalah versi produksi untuk mannequin konsep Daihatsu DN-F Sedan, yang muncul di Gaikindo Indonesia Worldwide Auto Present (GIIAS) 2017. Ia diserlahkan menerusi profil sisi Vios produksi ini yang menampilkan rekaan garis bumbung, tingkap sisi dan juga garis bahu seakan coupe diinspirasikan dari versi konsep berkenaan.

Manakala di belakang, lampu utama bagi mannequin generasi baharu ini turut menampilkan rupa yang lebih nipis serta bersegi. Namun berbeza dengan mannequin konsep Daihatsu DN-F Sedan yang diberikan ruang nombor pendaftaran pada bampar, mannequin produksi Vios ini nampaknya diberikan perumah nombor pendaftaran pada bahagian penutup however yang lebih tinggi.

Jadi Vios D92A ini juga adalah pelengkap kepada trio mannequin konsep DN yang didedahkan oleh Daihatsu pada 2017, iaitu DN-Trec (dijelma sebagai SUV Daihatsu Rocky/Toyota Raize/Perodua Ativa), DN Multisix (dijelma sebagai MPV Daihatsu Xenia/Toyota Avanza dan Veloz/Perodua Alza 2022).

Video pendek yang berdurasi hanya 15 saat ini juga sempat memberikan sebahagian rupa bahagian dalam Vios 2023 ini. Ia kini menerima papan pemuka yang jauh lebih minimalis seakan Honda Civic, dengan skrin berdiri sendiri pada bahagian tengah. Stereng yang diberikan pada Vios baharu ini juga nampaknya seiras dengan stereng Perodua Ativa AV/Perodua Alza AV 2022/Toyota Veloz 2022, menandakan ia menerima sistem bantuan pemanduan Toyota Security Sense dengan kebolehan pemanduan autonomi Tahap 2.

Perincian premium turut boleh dilihat pada kabin Vios generasi baharu ini dimana ia menerima balutan upholsteri kulit berwarna merah bukan hanya pada tempat duduk, malah pada sebahagian besar papan pemuka serta perehat tangan tengah serta banyak diberikan bahagian sentuhan lembut.

Dengan penghentian produksi Vios generasi ketiga ini, berkemungkinan besar pasaran Indonesia bakal menerima mannequin generasi baharu sebelum berakhirnya tahun ini. Jadi tak mustahil pasaran Malaysia akan menerima mannequin ini sekitar separa kedua tahun hadapan bukan?

GALERI: Teaser Toyota Vios 2023



[ad_2]
Source link